Maksudnya: Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya;
(Surah al-Isra, 82)
Maksudnya: Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah al-Ra’d, 28)
Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,
(Surah al-A’raf, 180)
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
(Surah al-Hijr : 9)
Maksudnya: “Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”
(al-Qiyaamah: 17-18)
Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah al-Anbiya’ : 107)
http://www.ustazamin.com/
https://theinspirasi.my
1. Surah terpanjang dalam al-Quran – Surah al-Baqarah.
2. Surah yang terpendek – Surah al-Kauthar.
3. Minuman terbaik menurut al-Quran – susu.
4. Makanan terbaik menurut al-Quran – madu.
5. Ayat yang paling utama dalam al-Quran – ayat al-Kursi.
6. Ayat terpanjang dalam al Quran – ayat berkaitan hutang 282 Surah al Baqarah.
7. Ayat terpendek… مدهامتان surah al-Rahman ayat 62.
8.Perkara halal yang paling dibenci menurut al-Quran – Perceraian.
9. Angka terbanyak yg dinyatakan oleh al-Quran – 100,000.
10. Perkataan terpanjang dalam al-Quran – فاسقيناكموه Surah al-Hijr ayat 22.
11. Huruf yg paling banyak penggunaannya dalam al-Quran – huruf alif ( ا ).
12. Huruf yang paling kurang penggunaannya – huruf ظ.
13. Malam terbaik menurut al-Quran – Malam ليلة القدر.
14. Bulan terbaik menurut al-Quran – Bulan Ramadhan.
15. Haiwan terbesar menurut al-Quran – ikan.
16. Haiwan terkecil menurut al-Quran – nyamuk.
17. Surah terbaik dalam al-Quran – Surah al-Fatihah.
18. Juzuk yang paling banyak surah dalamnya – juzuk 30.
19.Surah yang paling banyak menyatakan nikmat Ilahi – Surah al-Nahl.
20. Surah paling banyak memuatkan sumpah – Surah al-Shams.
21. Asma’ al-Husna yang paling banyak disebut dalam al-Quran – الله
22. Nama Nabi yg paling banyak disebut dalam al-Quran – Musa
23. Nama Nabi yg paling sedikit disebut dalam al-Quran – Zulkifli, Ilyasa’, Ilyas & Idris.
24.Buahan yang paling banyak disebut dlm al-Quran – Anggur.
25. Makan yang pertama dimakan di syurga – hati ikan.
26. Manusia yang paling celaka dan paling dahsyat disiksa – Qabil pembunuh Habil & penyembelih unta Nabi Salleh AS.
27. Amalan yang paling afdhal disisi Allah – solat.
28. Kaum yang paling degil terhadap Nabi mereka – Yahudi.
29. Syurga yang terbaik dan tertinggi – Syurga ‘Adn yang namanya al-Firdaus.
30. Tahap yakin yang tertinggi – حق اليقين.
31. Tahap derhaka yang paling minima terhadap kedua ibu bapa – berkata “ah!”.
32. Zikir yang terbaik – membaca al-Quran.
33. Orang paling kaya yang disebut namanya oleh al-Quran – Qarun.
34. Golongan paling dahsyat disiksa dan ditempat yang paling bawah neraka – munafiqin.
35. Minuman teristimewa penghuni syurga – Tasnim.
36. Situasi yang paling kritikal di Hari Kiamat – menyeberangi Sirat al-Mustaqim.
Sumber : Facebook Dr Fauzi Deraman, Mantan Profesor Madya dan Pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
https://kitabsirah.wordpress.com/
“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.” (Surah Yusuf, 3)
Kisah Nabi Musa
“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?” (Surah Taaha, 9)
“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?” (Surah An-Nazi’at, 15)
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka), kisah Musa di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang dipilih dan seorang rasul dan nabi.” (Surah Maryam, 51)
Kisah Nabi Ismail
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi.” (Surah Maryam, 54)
Kisah Nabi Ibrahim
“Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi.” (Surah Maryam, 41)
“Dan kabarkanlah kepada mereka tentang tamu-tamu Ibrahim.” (Al-Hijr, 51)
“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan?” (Adz-Dzariat, 24)
Kisah Nabi Ibris
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi.” (Surah Maryam, 56)
Kisah Nabi Nuh
“Dan bacakanIah kepada mereka berita penting tentang Nuh di waktu dia berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakal, karena itu bulatkanlah keputusanmu dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.” (Surah Yunus, ayat 71)
Kisah Maryam
“Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.” (Surah Maryam, 16)
Iskandar Zulqarnain
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya.” (surah Al-Kahfi, 83)
Ashabul Kahfi
“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” (surah Al-Kahfi, 13)
Surah Al-Baqarah (Lembu Betina)
Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.
Surah Ali Imran (Keluarga Imran)
Kisah keluarga ‘Imran; perang Badar dan Uhud dan pelajaran yang dapat diambil dari padanya.
Surah an-Nisaa’ (Perempuan)
Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.
Surah al-An’am (Haiwan Ternakan)
Kisah umat-umat yang menentang rasul-rasul; kisah pengalaman Nabi Muahammad s.a.w. dan para nabi pada umumnya; cerita Nabi Ibrahim a.s. membimbing kaumnya kepada tauhid.
Surah Al-A’raf (Tembok yang Tinggi)
Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis; kisah Nabi Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Shaleh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir’aun.
Surah at-Taubah
Kisah Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Bakar r.a. di suatu gua di bukit Tsur ketika hijrah; perang Hunain (perang Authas atau perang Hawazin); perang Tabuk.
Surah Yunus
Kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; Nabi Musa dengan Fir’aun dan tukang-tukang sihir; kisah Bani Israil setelah ke luar dari negeri Mesir; Nabi Yunus a.s. dengan kaumnya.
Surah Huud
Kisah Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Huud a.s. dan kaumnya; kisah Shaleh a.s. dan kaumnya; kisah Ibrahim a.s. dan kaumnya; kisah Syu’aib a.s. dan kaumnya; kisah Luth a.s. dan kaumnya; kisah Musa a.s. dan kaumnya.
Surah Asy-Syuara’ (Penyair-penyair)
Kisah-kisah Nabi Musa a.s. dengan Fir’aun; kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Saleh a.s. dengan kaumnya (Tsamud); kisah Nabi Hud a.s. dengan kaumnya (Ad), kisah Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu’aib a.s. dengan penduduk Aikah.
Surah al-Anbiya’ (Nabi-nabi)
Kisah Ibrahim a.s (ajakan Ibrahim a.s kepada bapaknya untuk menyembah Allah, bantahan Ibrahim terhadap kaumnya yang menyembah berhala-berhala, bantahan lbrahim a.s. terhadap Namrudz yang bersimaharajalela dan menganggap dirinya Tuhan), kisah Nuh a.s., kisah Daud a.s., dan Sulaiman a.s; kisah Ayyub a.s.; kisah Yunus a.s.; kisah Zakaria a.s.
Al-Qasas (Kisah-kisah)
Kekejaman Fir’aun dan pertolongan serta karunia Allah kepada Bani Israil; Musa a.s. dilemparkan ke sungai Nil, seorang Qibthi terbunuh oleh Musa a.s.; Musa a.s. di Mad-yan; Musa a.s. menerima perintah Allah menyeru Fir’aun dibukit Thur; kisah Karun.
https://www.hmetro.com.my/
Firaun dan bala tenteranya
Selain itu, lihat apa yang berlaku kepada Firaun dan bala tenteranya ketika mereka menghalau Nabi Musa AS dan pengikutnya. Dengan kuasa Allah SWT, Laut Merah terbelah dua dengan pukulan tongkat Nabi Musa AS. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT jua, Nabi Musa AS dan kaumnya dapat menyeberangi Laut Merah dengan selamat. Tetapi, ia menjadi kubur besar kepada Firaun dan bala tenteranya yang angkuh dan sombong itu. Allah SWT melakukan demikian untuk menghukum kaum yang zalim itu.
Kaum Nabi Saleh
Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syu'ara ayat 153-156: "Mereka berkata: 'Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir. Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang yang benar.' Saleh menjawab: 'Ini seekor unta betina, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu. Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar.' Kisah kedegilan umat Nabi Saleh AS digambarkan dengan jelas di situ. Sesuatu yang biasa bagi umat yang terdahulu menuduh nabi mereka sebagai ahli sihir ataupun gila.
Mereka juga menganggap baginda itu adalah manusia biasa yang tiada kelebihan.
Kaum Nabi Lut
Umat Nabi Lut terkenal dengan perbuatan menyimpang iaitu hanya menginginkan pasangan sejenis. Walaupun diberikan peringatan, mereka tetap tidak mahu kembali ke pangkal jalan. Allah akhirnya menurunkan azab berupa gempa bumi yang dahsyat serta angin kencang dan hujan batu sehingga hancur. Akhirnya mereka tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri seperti mana yang tercatat dalam surah Al-syu'araa: 160, surah Annaml: 54, surah Al-hijr: 67, surah Al-furqan: 38, dan surah Qaf: 12.
Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual mereka akan mengurangkan sukatan dan timbangan. Allah pun mengazab mereka dengan udara panas yang melampau. Akhirnya, mereka dibinasakan Allah SWT seperti yang tercatat dalam Surah At-taubah: 70, Surah Al-hijr: 78, Surah Taha: 40, dan Surah Al-hajj: 44.
Ashab Al-Sabt
Mereka adalah golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Palestin. Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lain. Mereka meminta rasul mereka untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dilaknat menjadi kera yang hina (Surah Al-A'raaf: 163).
Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Kononnya, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan. Mereka mensyirikkan Allah SWT dengan menyembah patung berhala. Ada pula yang menyebutkan mereka mencampakkan utusan Allah yang dihantar kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan oleh Allah. Kisah ini tercatat dalam surah Al-Furqan ayat 38 dan surah Qaf ayat 12.
Ashab Al-Ukhdud
Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak keimanan kepada Allah, termasuk rajanya. Namun golongan yang beriman pula, mereka dicampakkan dalam parit yang dibakar panas termasuk seorang wanita yang sedang mendukung bayinya. Mereka dikutuk oleh Allah SWT dengan sekeras-kerasnya seperti dalam surah Al-Buruj ayat 4-9.
Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antakiyah. Mereka mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Oleh yang demikian, Allah membinasakan mereka dengan suara yang amat keras (surah Yaasiin ayat 13).
Kaum Tubba'
Tubba' adalah nama raja yang berasal dari bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah SWT dan kelakuan mereka melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka sehingga dibinasakan. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air yang besar dan canggih (surah Ad-Dukhan ayat 37).
Kaum Saba
Mereka diberikan pelbagai kenikmatan berupa kebun yang ditumbuhi pohon yang rendang untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh sebab mereka enggan menyembah Allah SWT walaupun diingatkan oleh Nabi Sulaiman AS, akhirnya empangan Ma'arib dimusnahkan dengan banjir besar. Ini dicatatkan dengan jelas dalam surah Saba' ayat 15-19.
https://www.merdeka.com/
Doa Nabi Lain yang Tercantum dalam Al Quran
Selain doa Nabi Sulaiman tersebut, terdapat beberapa doa Nabi lainnya yang tercantum dalam Al Quran. Beberapa doa Nabi ini juga mengandung makna kebaikan yang bisa menjadi contoh teladan bagi manusia. Berikut beberapa doa Nabi yang diabadikan dalam Al Quran :
1. Doa Nabi Adam
“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi” (QS Al-A’raf, 23).
2. Doa Nabi Nuh
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlingdung kepada-Mu untuk memohon kepada -Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, niscaya aku termasuk orang yang merugi” (QS Hud, 47).
“Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat” (QS Al-Mu’minun, 29).
“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku dan siapapun yang memasuki rumahku dengan beriman laki-laki dan perempuan. Dan jangan lah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran” (QS Nuh, 28).
3. Doa Nabi Ibrahim
“Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui” Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan anak cucu kami, umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah kami dan terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima tobat, Maha Penyayang” (QS Al-Baqarah, 127-128).
4. Doa Nabi Hud
“Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku Tuhanmu. Tidak satupun makhluk bergerak yang bernyawa melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus” (QS Hud, 56).
5. Doa Nabi Luth
“Ya Tuhanku selamatkanlah aku dan keluargaku dari yang mereka perbuat” (QS Al-Syu’ara’ 169).
“Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan adzab) atas golongan yang berbuat kerusakan itu. (QS Al-Ankabut 30)
6. Doa Nabi Yusuf
“Wahai Tuhan, Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang shaleh” (QS Yusuf 101).
7. Doa Nabi Syuaib
“Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Hanya kepada Allah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak. Engkaulah pemberi keputusan terbaik” (QS Al-A’raf, 89).
8. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (QS Thaha, 25-28).
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku. Maka Dia (Allah) mengampuninya, sungguh, Dia, Allah, Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Ya Tuhanku..! Demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, maka aku tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa” (QS Al-Qashash 16-17).
9. Doa Nabi Ayyub
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh” (QS Al-Naml, 19).
10. Doa Nabi Yunus
“Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim” (QS Al-Anbiya’ 87).
11. Doa Nabi Zakaria
“Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik di sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa” (QS Ali Imran, 38).
12. Doa Nabi Ya’qub
“Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui” (QS Yusuf, 86).
https://celikalquran.com/
https://ikimfm.my/
Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.4. Berada dalam keadaan tenang.5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuaimengikut arahan guru.2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian)yang sesuai.3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukarancerita.4. Memisah-
misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu‟, cerita dan
sebagainya.5. Memisah-misahkan Al-
Qur‟an kepada kelompok surah, setiap 10 juz da
n sebagainya
B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulamenghafalnya.2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah keayat seterusnya.3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelumditeruskan bahagian yang kedua.4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka suratseterusnya.5. Sebelum menghafal bahagian Al-
Qur‟an seterusnya, h
arus diulang bahagian yangsebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
Berkaitan kajian beliau, beliau mendapati pengulangan satu2 ayat sebanyak 60 kali dengan cara membuka dan menutup Al-Quran atau buku di atas (iaitu 5 kali melihat ayat, 5 kali tidak melihat ayat secara berulang2 hingga cukup 60 kali) akan menyebabkan otak kita dapat mengingati sesuatu ayat dan akhirnya sesuatu surah jika dilakukan secara istiqamah di mana setelah mengingati ayat pertama kemudian cuba menghafal ayat kedua, kemudian diulangi dengan menghafal ayat 1-2 dan seterusnya.. Ia juga dikenali dengan kaedah gundal di tadika2 tahfiz seperti PUSPETA.
menghafal ayat Al-Quran "satu ayat setiap hari ...
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.
https://thebestummah.wordpress.com/2013/10/05/dr-hj-mohd-shafie/
http://jombahagia.blogspot.com/
Pada kesempatan ini, suka saya menonjolkan profil tiga orang profesional huffaz (atau bakal profesional) yang telah dianugerahkan keupayaan menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dalam masyarakat kita mungkin terdapat ramai lagi profesional Huffaz tetapi saya hanya mengenali tiga orang sahaja. Semoga mereka dapat menjadi suri teladan kepada generasi muda.
Mereka ialah insan hebat Dr Hj Mohd Shafie, seorang akauntan bertauliah yang berjaya memformulasikan teknik hafazan sehingga 4 orang anak beliau juga huffaz serta menjadi johan Hafazan peringkat kebangsaan.
Individu kedua ialah Sdr Hafiz Abdur Rahman, seorang pelajar perubatan tahun ketiga di Universiti Cairo yang telah berjaya setakat ini mendapat dua syahadah SANAD dan QIRAAT semasa mengikuti kuliah perubatan di Mesir.
Individu ketiga ialah Sdr Zubir Abdur Rahim, yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum sekolah kini sedang menuntut di Kolej Mara Banting kursus IB bagi mengikuti ijazah perubatan luar negara.
Tips sendiri mulai tahun 2020
1 ayat sehari - ulang 10x sebelum hafal
hafal 5x tengok dan 5x tutup mata
selepas subuh - 10 minit max.
Cara Menghafal Al-Quran: Metode 3T+1M, Mudah dan Efektif
Talqin atau Tasmi’
Talqin berarti seorang Ustadz membacakan al-Quran untuk kemudian diikuti oleh para muridnya.
Jika anda tidak memiliki Ustadz yang dapat membacakan kepada Anda, mendengarkan bacaan al-Quran dari rekaman juga dapat menjadi salah satu alternatif.
Meskipun alternatif tersebut tidak sebagai sebaik jika anda berhadapan dengan ustadz secara langsung. Karena jika anda berhadapan langsung dengan Ustadz, maka bacaan anda yang salah saat mengikuti bacaan, dapat langsung dikoreksi.
Adapun tasmi’ berarti seorang murid membaca al-Quran untuk didengarkan oleh ustadz.
Tafahhum
Arti dari tafahhum adalah memahami arti dari bacaan Al-Quran yang akan dihafal. Tentunya tidak semua orang harus melalui tahapan ini dalam menghafal. Yang dianjurkan untuk memahami al-Quran saat menghafal adalah mereka yang berusia remaja serta dewasa.
Tikrar
Tikrar berarti mengulang-ulangi bacaaan hingga hafal.
Caranya?
Baca ayat pertama hingga 10-20 kali hingga hafal
Lalu baca ayat kedua sebanyak 10-20 kali hingga hafal
Baca ayat pertama + kedua sebanyak 10-20 kali hingga hafal
Lalu baca ayat ketiga sebanyak 10-20 kali hingga hafal
Kembali baca ayat pertama + kedua + ketiga sebanyak 10-20 kali hingga hafal
Dan seterusnya
Muraja’ah
Setelah hafal, ulangi kembali bacaan tersebut. Inilah yang dimaksud dengan muraja’ah.
Muraja’ah sangat penting karena muraja’ah inilah yang akan melekatkan hafalan secara lebih kuat ke dalam benak kita.
Tips dalam menghafal al-Quran
Menggunakan 1 mushaf
Sangat dianjurkan untuk menggunakan 1 Mushaf yang sama selama proses menghafalkan Al-Quran. Hal ini akan sangat memudahkan dalam proses menghafal.
---------------------------------
Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad Shalallahualaihi Wassalam.
Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan alquran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran.
Teori ini sangat mudah untuk dipraktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa sajayang ingin menghafalnya. Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktekannya:
Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan Surat An-Nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:
1- Bacalah ayat pertama 20 kali:
-----------------------
Teknik hafalan singkat 30 juzuk Al-Quran dalam masa tiga bulan merupakan projek inovasi terbaharu diperkenalkan Pusat Tahfiz Integrasi An Nur yang diasaskan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).
Pengasas YDKMM Dr Mohd Hizul Azri Md Noor berkata teknik tersebut tidak hanya mementingkan hafalan ayat suci Al-Quran, tetapi turut menggabungkan konsep tadabbur dan bayangan dalam membantu peserta menghafaz dan menghayati isi kandungan kitab suci itu serta mengamalkannya.
Untuk menyertai program itu, setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 sebulan untuk penginapan, yuran pengajian dan makan, katanya.
------------------------------
Setelah itu, ayat-ayat Al-Qur'an turun berangsur-angsur selama kurang lebih 22 tahun. Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 30 Juz, 114 Surat, dan 6666 Ayat pada dua tempat yang berbeda.
Pertama adalah di Mekkah dimana ayat-ayat yang turun di kota ini disebut dengan ayat Makkiyah. Ayat Makkiyah dikenal dengan ayatnya yang pendek. Ayat Makkiyah turun selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari dimulai saat Nabi Muhammad berusia 40 tahun.
Kota kedua turunnya Al-Qur'an adalah Madinah yang kemudian ayatnya disebut dengan ayat Madaniyah. Ayat Madaniyah turun setelah Nabi Muhammad berhijrah dari Mekkah. Ayat Madaniyah dikenal dengan ayatnya yang panjang.
------------------------------
Sepanjang menghafal Al-Quran, saya cuba pelbagai teknik yang diberi oleh kawan saya sperti baca 40 x baru hafal, hafal ketika pagi sahaja dll . Antara kesimpulan yang saya dapat buat adalah kaedah-kaedah menghafal Al-Quran mengikut kesesuaian diri masing-masing . Setiap potensi manusia berbeza dengan manusia lain . Oleh itu, kita perlu berterusan mencari cara hafal yang paling sesuai untuk kita guna dan amalkan .
Saya akan bagi tips-tips yang saya ambil dari huffaz-huffaz Al-Quran yg hebat dan bagi saya, sangat berguna untuk diamalkan oleh penghuffaz lain.
STEP 1 : Fasa Persediaan Sebelum Menghafal.
Letakkan target hafalan. Contoh 5 ayat sahaja.
Baca banyak kali 5 ayat itu sampai bibir dan otak dah terbiasa. Sampai jadi familiar ayat itu.
Baca tengok Al-Quran ya. Baca sampai lancar dan tiada langsung kesalahan tajwid boleh berlaku. Kualiti perlu dijaga. Tajwid wajib.
Saya syorkan bacalah pada waktu petang. Lepas asar.
STEP 2 : Fasa Menghafal Teknik ‘Touch & Go’.
Dah selesai step 1 tadi kan? Apa lagi jom mula menghafal.
Ingat, tadi kita nak hafal 5 ayat kan?
Baik, mula-mula hafal ayat 1 dahulu.
Ketika ini insya-Allah akan jadi lebih mudah sebab kita dah baca banyak-banyak kali lepas asar tadi. Step 1 penting, jangan skip.
Sebenarnya masa kita buat step 1 tadi, kita sedang install ayat-ayat itu dalam kepala.
Baik. Mulakan hafal ayat 1.
Baca, tutup, baca tak tengok Al-Quran, buka balik, baca, ulang-ulang sampai dapat hafal. Ok selesai ayat yang pertama. Alhamdulillah.
Pastikan lancar, selagi tak lancar, jangan pindah kepada ayat kedua.
Ok katakan ayat 1 dah betul-betul hafal, mula hafal ayat ke 2 pula.
Bila dah dapat ayat 2, cantumkan ayat 1 dan ayat 2. Cuba baca tak tengok Al-Quran.
Ulang-ulang sampai lancar ayat 1 dan ayat 2. Minimum ulang 10x.
Ok selesai ayat 1 dan ayat 2.
Baiklah. Next, ini trick yang sebenarnya.
Terus hafal ayat yang ke 3, ulang-ulang sampai dapat. Bila dah dapat ayat ke 3,
Cantumkan ayat 2 dan ayat 3 sahaja.
Ayat 1 tadi? Tinggalkan! Biarkan ia. Abaikan dulu.
Terus buat begitu, cantum ayat 3 dan 4, kemudian ayat 1 dan 2 tadi kita tinggal.
Lepas itu hafal ayat 5 dan cantumkan ayat 4 dan ayat 5 pula, ayat 1, 2 dan 3 tadi kita tinggal.
Maka selesailah 5 ayat yang kita nak hafal tadi.
Done. Tutup Al-Quran. As simple as that.
Baik. Persoalannya dah ingat betul ke 5 ayat tadi?
Kalau ingat pun samar-samar sahaja. Kalau kita cuba baca semula, mesti dalam keadaan ingat tak ingat.
Jangan risau, sebenarnya kita tak lupa pun 5 ayat tadi, cuma otak kita letih ja. At least ia dah ada dalam kepala. Cuma ia berterabur saja. Macam puzzle.
Ohya, tempoh menghafal yang dicadangkan diantara maghrib ke isyak ya. Lepas isyak tak digalakkan. Time otak kita rehat.
STEP 3 : Fasa Susun Dan Perkemas Hafalan.
Bangun esok paginya, lancarkan balik apa yang kita hafal semalam. Better bangun sebelum subuh. Time ini otak laju dan fresh.
Cantum puzzle hafalan semalam dan perkemaskan betul-betul.
Waktu ni, insya-Allah memang senang kita nak dapat hafal keseluruhannya, sebab kita dah ‘hafal’ dah semalam. Walaupun semalam kita hafal sekali lalu ja.
Just panaskan semula, susun atur dan ikat kemas-kemas. Kemudian hantar pada guru untuk disemak.
Itulah dia teknik ‘Touch & Go’.
3 step simple inilah yang saya amalkan, sampailah saya khatam.
Dengan follow step by step ini, saya mula dapat rentak hafal 1 mukasurat setiap hari, kadang itu lebih, boleh pergi sampai 5 mukasurat. Tanpa rasa stress, sebab dah ada sistem. Just follow saja.
Tak perlu rasa pening-pening. Cuba follow dulu 3 step ini. Insya-Allah boleh buat dan pasti akan rasa keberkesanannya.
kaedah dan teknik hafazan Photographic Memory yang disampaikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin.
Bonus tip: Start memorization is to start from the last Quranic chapters. Surahs at the end of the Quran are short and are commonly recited during prayers. It gives a greater opportunity to remember the verses easily. It is both helpful and encouraging towards the learning process.